Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Majoriti daripada kita pernah terdengar ataupun membaca hadis berkaitan bulan-bulan dalam Islam. Kalaulah ketiga-tiga bulan ni je yang baik. Bulan yang lain dalam Islam bagaimana? Kesemua bulan dalam Islam adalah mulia. Tapi yang paling mulia adalah bulan Ramadhan.
Berkaitan dengan hadis di atas. Ia adalah hadis PALSU. Yang direka oleh Ibn Jaddam untuk meraih pahala yang lebih.
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut
Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)
Jika kita sudah tahu perkara ini sebarkanlah kepada siapa yang masih belum mengetahuinya dan ia tidak patut menjadi pengkhususan kepada kita umat Islam kerana ia adalah hadis palsu yang direka-reka untuk kepentingan sendiri.



yang puasa tiga bulan islam ni berturut-turut boleh amal tak?
ReplyDeleteHadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu. ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan , dan semuanya adalah suatu pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...." (Fatawa Mu'asyirah 1/384-385). Bulan Ramadhan memang tidak dapat dinafikan mempunyai banyak fadhilat-fadhilat yang telah diterangkan didalam hadith-hadith yang bertaraf sahih yang boleh dibuat sebagai sandaran. Jadi tidak perlulah menjadikan sebagai amalan.
ReplyDelete