Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Maha suci Allah dan syukur kepadaNya kerana jantung masih lagi berdenyut, akal yang cerdas, badan yang cergas. Sambil melayan Sinar fm di tengah hari ini yang lagu-lagunya retro kebanyakannya. Enrri kali ini berkenaan janggut. Kepada insan yang bergelar laki pasti memiliki janggut. Majoritinya ada janggut, minoritinya tiada mungkin atas sebab keturunan,gen atau hormon. Seperti yang kita semua tahu, menyimpan janggut ini adalah sunnah Baginda Rasulullah saw.
"Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah kumis." (Riwayat Bukhari)
Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur kumis, iaitu supaya berbeza dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting janggutnya, bahkan ada yang mencukurnya.
Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai keperibadian tersendiri serta berbeza dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi mahupun yang terang. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan. Sebab janggut adalah lambang kesempurnaan lelaki dan tanda-tanda yang membezakan dengan jenis lain.
Namun demikian, bukan bererti samasekali tidak boleh memotong janggut dimana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan, boleh panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya. Untuk itulah maka janggut yang demikian boleh digunting , sebagaimana tersebut dalam hadis rlwayat Tarmizi. Hal ini pernah juga dikerjakan oleh sementara ulama salaf, seperti kata Iyadh: "Mencukur, menggunting dan mencabut janggut dimakruhkan. Tetapi kalau diambil dari panjangnya atau di sampingnya apabila ternyata janggut itu besar (tebal), maka itu satu hal yang baik."
Dan Abu Syamah juga berkata: "Terdapat suatu kaum yang biasa mencukur janggutnya. Berita yang terkenal, bahawa yang berbuat demikian itu ialah orang-orang Majusi, bahawa mereka itu biasa mencukur jenggotnya."
Sesetengah pihak berpendapat, bahwa kebanyakan orang-orang Islam yang mencukur janggutnya itu lantaran mereka meniru musuh-musuh mereka dan kaum penjajah negeri mereka dan orang-orang Yahudi dan Kristian. Sebagaimana kelazimannya, bahawa orang-orang yang kalah senantiasa meniru orang yang menang. Mereka melakukan hal itu jelas telah lupa kepada perintah Rasulullah yang menyuruh supaya mereka berbeza dengan orang-orang kafir. Di samping itu mereka telah lupa pula terhadap larangan Nabi tentang menyerupai orang kafir, seperti yang tersebut dalam hadisnya yang mengatakan:
"Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia itu termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Dawud)
Kebanyakan ahli-ahli fiqh yang berpendapat tentang haramnya mencukur janggut itu berdalil perintah Rasul di atas. Sedang tiap-tiap perintah asalnya menunjukkan pada wajib, lebih-lebih Rasulullah sendiri telah memberikan alasan perintahnya itu supaya kita berbeza dengan orang-orang kafir. Dan berbeza dengan orang kafir itu sendiri hukumnya wajib pula.
gambar hiasan
Tidak seorang pun ulama salaf yang meninggalkan kewajiban ini. Tetapi sementara ulama-ulama sekarang ada yang membolehkan mencukur janggut kereaa terpengaruh oleh keadaan dan memang kerana bencana yang telah meluas. Mereka ini berpendapat, bahawa memelihara janggut itu termasuk perbuatan Rasulullah yang bersifat duniawiah, bukan termasuk persoalan syara' yang harus ditaati. Tetapi yang benar, bahwa memelihara janggut itu bukan sekadar fi'liyah Nabi, bahkan ditegaskan pula dengan perintah dan disertai alasan supaya berbeza dengan orang kafir.
Ibnu Taimiyah menegaskan, bahawa berbeza dengan orang kafir adalah suatu hal yang oleh syara' ditekankan. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan dalam zahir. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu kajian.
Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma' sudah menegaskan terhadap perintah supaya berbeza dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerosakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram. Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada zahirnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan terpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat disangkal, dan kejelekan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan. Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerosakan, syara' menganggapnya suatu hal yang haram.
Dari keterangan-keterangan di atas dapat kita simpulkan, bahwa masalah mencukur jenggot ini ada tiga pendapat:
- Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.
- Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.
- Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian sementara ulama sekarang.
Tetapi barangkali yang agak bersikap tengah-tengah iaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeza dengan orang kafir. Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah mewarnai rambut supaya berbeza dengan orang Yahudi dan Kristian. Tetapi sebahagian sahabat ada yang tidak melakukannya. Oleh kerana itu perintah tersebut sekadar menunjukkan sunnat.
Bak kata orang kita, nampok ler jantannyer kalo dah ade janggot tu..macho la sket. :) sunnah baginda Rasulullah saw. Apa yang baik kita manfaatkan,apa yang tidak baik kita tinggalkan. Wallahualam.




No comments:
Post a Comment