Thursday, June 23, 2011

Air Mataku

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


air itu jatuh lagi,
menghujani subuh hari,
saat terbaca satu puisi,
tentang dirimu yang kuingati,
kusangka air itu takkan jatuh lagi,
kerana aku mencari kekuatan diri,
namun semuanya berulang lagi,
aku menangis meratapi,
kenangan terindah di bumi sepi,
aku, kamu dan dia berjanji,
akan sentiasa bersama menongkah realiti,
tapi inilah yang terjadi,
adakah lagi peluang mencipta memori,
memori indah di taman hakiki,
kau yang kukenali,
tingkahmu buat tak kering gusi,
lagakmu tak tumpah penghibur hati,
kini kau demam berhari-hari,
akibat tekanan menimpa diri,
ku harap kau tabah menghadapi,
walaupun hakikatnya ujian ini berat sekali,
inilah tanda ingatan dari Ilahi,
kau tetap teman sejati,
selamanya kau tetap dihati









2 comments:

  1. usah terlalu ditangisi apa yang terjadi,
    bangun dari jatuh andai tersungkur,
    yakinlah telah ditetapkan yang lebih baik untukmu,
    kami di sini andai kau memerlukan,
    Dia sentiasa ada untukmu,
    jangan pernah jadikan ini satu penamat,
    jadikan ini pembakar semangat wahai teman,
    aku yakin kau boleh dan buktikan,
    aku tak percaya kau selemah itu,
    aku yakin kau seorang yang cekal dan tabah,
    teman,
    kami di sini,
    Dia bersamamu,
    kau pasti akan jadi insan berjaya kelak,
    insyaAllah

    ReplyDelete
  2. aku harap dapat tengok lagi senyuman ko

    ReplyDelete