Wednesday, January 23, 2013

Ya Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


WAHAI PURNAMA


Wahai purnama…..wahai purnama

Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….bagaimana 
Nak ku luah dengan kata-kata



Engkau menyinar di alam tinggi….di alam tinggi….

Terangi kegelapan dan kebatilan…



Dengan mu alam bergemerlapan….bergemerlapan…

Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan 



Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya….

Siang dan malam jua…..siang dan malam jua



Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu….

Mereka yang istimewa dam amat sempurna….


Rasulullah SAW bersabda:
"Ketika aku di dalam perjalanan di malam hari untuk mi'raj ke langit, aku melihat ada malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan di setiap tangannya seribu jari-jemari. Ketika ia sedang menghitung dengan jari-jarinya, aku bertanya kepada Jibril: Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang ia hitung? Jibril menjawab: Ia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap titisan hujan, ia menghafal dan mengetahui setiap titisan hujan yang telah diturunkan dari langit ke bumi.

Aku bertanya kepada malaikat itu: Apakah kamu mengetahui berapakah jumlah titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia? Ia menjawab: Ya Rasulallah, demi Allah yang telah mengutusmu yang membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara tepat berapakah jumlah titisan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di atas bangunan, di kebun-kebun, di daratan yang bergaram, dan di tanah perkuburan.

Rasulullah SAW bersabda: Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam menghitung. Ia berkata: Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan hitung tangan dan jari-jemariku. Rasulullah SAW bertanya: Menghitung apakah itu? Ia menjawab: Aku tidak mampu menghitung jumlah pahala untuk selawat yang disampaikan oleh sekelompok ummatmu ketika namamu disebut di suatu majlis."

(Al-Mustadrah, Syeikh An-Nuri, 5: 355, hadis ke 72)




Saturday, January 5, 2013

I`m back

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Setelah sekian lama tak menaip blog ni, nak kata takde idea tu ada je. Nak kata malas pun tak jugak. Nak kata busy tu tak jugak. Nak kata apa pun tak juga. Ntah. Saja kot taknak update. Nasib baik la aku bukan jenis blogger tegar. Mau ramai peminat agaknya. Kalau tak update mau peminat bosan. Alhamdulillah jari jemari ni nak pulang menari di atas keyboard ni. 

Hari ini bertarikh 05/01/12 

Aku di Alor Setar, dah setahun lebih sikit aku kat sini. Belajar bidang yang jauh bezanya semasa aku di Uni Mas Pahang tu. Dari pegang barang elektronik ke stetoskop. =) Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Nak cerita pengalaman aku di sini memang panjang, nanti nak baca pun jadi bosan pulak kan. Bukan menarik sangat pun nak baca kan? 

Nak bitau kome la kan, hidup kat dunia ni kena ada berkat, berkat dari Allah swt, Rasulullah saw dan mak abah, dengar ni, jangan kome nak melawan cakap mak abah, nanti Allah bagi cash kat dunia, perkara yang mendapat balasan dunia dan juga akhirat ni Melawan cakap mak abah. Ingat. Allah swt da kurniakan Islam dalam diri kita, orang lain tak dapat pun hidayah, tiket ke syurga tu dah ada, jadi jangan nak bikin susah nak pergi neraka. OK? walaupun kita tak perfect mana, sekurangnya ada jugak usaha nak jadi perfect kan. kan kan. 


ok. tu je. 
Assalamualaikum.

Sunday, April 22, 2012

ilmu pengetahuan

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

final exam menjelang tiba.hati mula tertanya-tanya, adakah otak ini mampu menampung semua ilmu-ilmu yang dipelajari selama beberapa bulan ini.andai difikirkan kembali, hard disk, ciptaan manusia mempunyai memori yang tinggi mencecah tera dan lebih. jika dibandingkan dengan manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian, mana mungkin memori manusia kurang berbanding hard disk tersebut.

lantaran itu, mengapa kita masih mengeluh dengan nikmat kurniaan yang kita perolehi. mempunyai akal fikiran yang mampu berfikir secara waras, membezakan baik dan buruk, mempunyai daya ingatan yang tinggi. di manakah kesyukuran kita letakkan. 

firman Allah dalam surah al-Mujadalah yang bermaksud:
"Allah meninggikan orang yang beriman antara kamu dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan pelbagai darjat." (surah al-Mujadalah:11)

berdasarkan ayat tersebut, tahulah kita bahawa, mereka yang menuntut ilmu juga akan ditinggikan darjat. kerana antara orang yang berilmu dan tidak berilmu, pasti ada perbezaannya. 



firman Allah yang bermaksud:
"bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."( surah al-'Alaq:1-5)
menurut sejarah penurunan Al-Quran, ayat yang pertama diturunkan adalah surah al-'Alaq, ayat 1-5.. jika difikirkan secara logik, ingatan yang pertama diturunkan adalah ingatan supaya kita membaca. oleh itu, mengapa harus diperlengahkan untuk membaca kerana melalui pembacaan, ilmu kita akan bertambah sekurang-kurangnya satu patah perkataan.

subhanallah.perancangan Allah begitu rapi, sehingga setiap peringatan itu, turun mengikut kronologi yang bersesuaian.