Sunday, April 22, 2012

ilmu pengetahuan

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

final exam menjelang tiba.hati mula tertanya-tanya, adakah otak ini mampu menampung semua ilmu-ilmu yang dipelajari selama beberapa bulan ini.andai difikirkan kembali, hard disk, ciptaan manusia mempunyai memori yang tinggi mencecah tera dan lebih. jika dibandingkan dengan manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian, mana mungkin memori manusia kurang berbanding hard disk tersebut.

lantaran itu, mengapa kita masih mengeluh dengan nikmat kurniaan yang kita perolehi. mempunyai akal fikiran yang mampu berfikir secara waras, membezakan baik dan buruk, mempunyai daya ingatan yang tinggi. di manakah kesyukuran kita letakkan. 

firman Allah dalam surah al-Mujadalah yang bermaksud:
"Allah meninggikan orang yang beriman antara kamu dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan pelbagai darjat." (surah al-Mujadalah:11)

berdasarkan ayat tersebut, tahulah kita bahawa, mereka yang menuntut ilmu juga akan ditinggikan darjat. kerana antara orang yang berilmu dan tidak berilmu, pasti ada perbezaannya. 



firman Allah yang bermaksud:
"bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."( surah al-'Alaq:1-5)
menurut sejarah penurunan Al-Quran, ayat yang pertama diturunkan adalah surah al-'Alaq, ayat 1-5.. jika difikirkan secara logik, ingatan yang pertama diturunkan adalah ingatan supaya kita membaca. oleh itu, mengapa harus diperlengahkan untuk membaca kerana melalui pembacaan, ilmu kita akan bertambah sekurang-kurangnya satu patah perkataan.

subhanallah.perancangan Allah begitu rapi, sehingga setiap peringatan itu, turun mengikut kronologi yang bersesuaian.

No comments:

Post a Comment