Friday, April 6, 2012

sifat iblis

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

antara sifat iblis yang dimurkai Allah:

1. sifat ingkar
iblis ingkar saat diperintahkan oleh Allah supaya tunduk kepada Adam. firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 34 yang bermaksud:
"dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam A.S". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan jadilah ia dari golongan Yang kafir"

2. sifat sombong dan takbur
iblis enggan tunduk kepada Adam kerana menganggap dirinya yang tercipta daripada api adalah lebih baik daripada Adam yang tercipta daripada tanah.

3. rasa tidak bersalah
iblis tidak menyesal setelah melakukan kesalahan mengingkari suruhan Allah, malahan iblis menyalahkan Allah kerana membuatnya sesat seperti dalam firman Allah yang bermaksud:
"ia berkata, 'disebabkan Engkau menyesatkan aku, maka aku akan duduk mengintip mereka atas jalan Engkau yang lurus"( Al-An'am:16)

4. dengki dan dendam
iblis dengki melihat Adam masih di dalam syurga. lalu iblis bersumpah untuk memperdayakan Adam supaya terkeluar dari syurga akibat mengingkari larangan Allah. dan bukan setakat Nabi Adam sahaja yang hendak diperdayakannya tetapi dendam iblis sampai ke anak cucu Adam sehingga hari kiamat. firman Allah:
"kemudian aku datang kepada mereka (memperdayakan) dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka, sehingga kebanyakan mereka tiada berterima kasih (syukur) kepada Engkau" (Al-A'raaf:17)

5.tipu daya
iblis memujuk Nabi Adam supaya menghampiri pohon yang dilarang oleh Allah dengan berkata baginda akan menetap kekal di syurga jika berbuat demikian. iblis bersumpah untuk meyakinkan Nabi Adam bahawa apa yang dikatakan adalah berupa nasihat seperti yang telah disebut di dalam Al-Quran:
"lalu iblis memperdayakan keduanya supaya terbuka kemaluannya yang tertutup, serta ia berkata  "tiadalah Tuhanmu melarang menghampiri pohon melainkan supaya jangan kamu menjadi malaikat atau tetap kekal dalam syurga"(Al-A'raaf:20)

oleh itu, bersegeralah kita menjaga tingkah laku, sikap dan niat dalam diri ini agar sentiasa menjauhi sifat-sifat iblis ini. masih terdapat banyak lagi sifat buruk yang perlu kita hindari agar tidak terjebak dalam perangkap iblis ini. 

No comments:

Post a Comment