Sunday, June 26, 2011

Gadis Itu


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt




seorang gadis itu,
lembut fitrah tercipta,
manis tutur kata,
telus wajahnya
setelus rasa membisik jiwa,
di matanya cahaya,
bertakung air sehangat cinta,
sejernih suka, sedalam duka,
ceritera hidupnya...
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi, kasih untuk dirasa...
namun manjanya bukan untuk semua,
kadang lemah dengan ujian dunia,
bisa kuat tabah meyokong pahlawan Agama...
begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah tapi kuasa,
menggoncang dunia tak kira masa...



seorang gadis itu,
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap teguh menongkah arus dunia,
hingga mngecap nikmatNya...
seteguh khadijah jadi impiannya,
tabah dan tenang sikapnya,
bijaksana ia
menyimpan ilmu si teman bicara,
dialah Aisyah penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah penyimpan mashaf pertama kalamullah...



seorang gadis itu,
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa agar ia terpelihara,
dengan cinta Rabbnya dengan rindu Rasulnya,
dengan yakin Deennya, dengan teguh aqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah dan juga RasulNya
dalam ketaatan penuh setia,
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga dan ummahnya..





Saturday, June 25, 2011

Masum @ UPM

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Masum. Apa tu masum?masum tu Majlis sukan universiti malaysia. Lebih kurang macam sukma la jugak. Cuma ini peringkat universiti sahaja. Saya mewakili universiti saya sendiri Universiti Malaysia Pahang (UMP). Mengambil bahagian dalam acara Karate. 6 sahaja atlet. 5 lelaki dan sorang perempuan. Tahun ini UPM menjadi tuan rumah. 


Ketibaan ke UPM ini pada semalam harinya 24/6 pada jam 4.30 petang. Nak cerita sikit pasal UPM ni. Mula-mula sampai sahaja Gombak, dah rasa mual sikit dengan jalannya. Rasa nak muntah pun ada. Jalan dahla pusing sana pusing sini. Bas pulak kejap jalan kejap berhenti. Setengah orang dia ini "alergik" naik bas. "mabuk bas". Naik sahaja bas, rasa nak muntah. Sampainya di Gombak dan menuju ke Serdang dah mengambil masa nak dekat 1 jam jugakla. Maklumla, orang baru balik kerja.


Sesudah sampainye Serdang. Nampak la signboard tulis UPM. Ha,ini la firstime tengok UPM. Ntah pintu mana masuk pun tak tahu, memang luas UPM ni. Pelaja yang belajar sana tahula besar tak besarnya UPM ni. Sebab saya pun tak habis tengok. Sesampainye UPM, menghala ke Kolej 10. Kolej budak engine. Rumahnye 7 tingkat. Atlet UMP semuanya tinggal di aras satu. Takkan la nak gedik duduk tingkat tinggi-tinggi kan. 


Err itu je kot nak ceriteinye pon adoi. Ap pon x boley~ Macam tak menarik. Lagipun game pun tak start lagi. InsyaAllah Isnin ni start la. Nanti akan diupdatekan kemudiannya. Pasal karate saya. =)

Thursday, June 23, 2011

Air Mataku

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


air itu jatuh lagi,
menghujani subuh hari,
saat terbaca satu puisi,
tentang dirimu yang kuingati,
kusangka air itu takkan jatuh lagi,
kerana aku mencari kekuatan diri,
namun semuanya berulang lagi,
aku menangis meratapi,
kenangan terindah di bumi sepi,
aku, kamu dan dia berjanji,
akan sentiasa bersama menongkah realiti,
tapi inilah yang terjadi,
adakah lagi peluang mencipta memori,
memori indah di taman hakiki,
kau yang kukenali,
tingkahmu buat tak kering gusi,
lagakmu tak tumpah penghibur hati,
kini kau demam berhari-hari,
akibat tekanan menimpa diri,
ku harap kau tabah menghadapi,
walaupun hakikatnya ujian ini berat sekali,
inilah tanda ingatan dari Ilahi,
kau tetap teman sejati,
selamanya kau tetap dihati









Wednesday, June 22, 2011

Kebersihan roh kecantikan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Kebersihan roh kecantikan. Kalau tak cantik sering dikaitkan dengan rupa paras. Mari kita muhasabah kembali, adakah rupa kita ini kekal selamanya? sudah tentu kalian tahu jawapannya. Kecantikan itu tak lari daripada keinginan wanita. Kesemua mereka itu mahukan kecantikan. Alangkah indahnya kecantikan itu ada didalam dan kecantikan diluar itu merupakan satu "bonus" kepada kalian yang memiliki rupa paras yang indah. Kesemuanya adalah anugerah Allah kepada hambanya. Ingatlah, itu cuma sementara.


Namun,kita perlu ingat bahawa kecantikan ini perlu ada asasnya. Asas yang dimaksudkan adalah kebersihan. Kebersihan adalah ruh kecantikan. Tidak ada ertinya berhias tanpa kebersihan. Sesuatu yang kotor dalam pandangan dan aroma yang tak sedap akan merosakkan kecantikan dan berhias itu sendiri. Kerana itu kebersihan merupakan urusan pertama yang harus diperhatikan seorang wanita ketika ia akan berhias dan mempercantik dirinya. 


Islam merupakan agama yang mementingkan kebersihan, kerana itu seorang muslimah yang menyandarkan dirinya kepada agama mulia ini selayaknya tidak meremehkan urusan tersebut. Paling tidak, ketika akan melaksanakan solat lima waktu, seorang muslimah mencuci anggota-anggota wuduknya dengan baik yang bererti akan hilang darinya kotoran dan debu dalam waktu lima kali sehari semalam. Dan tidak ada hal paling besar yang dapat engkau lakukan, wahai muslimah, daripada engkau menjaga kebersihan tubuhmu dan engkau berhias sekaligus, yang dengan begitu engkau akan raih redha Allah dan redha suamimu sekaligus.


Seperti yang kita tahu,air merupakan elemen penting untuk menyucikan sesuatu. Apa yang ingin disamapaikan bahawa,air juga merupakan satu elemen penting dalam berhias juga. Sebagai salah satu nikmat Allah yang agung, air merupakan sumber kehidupan dan juga sumber kebersihan. Boleh dikatakan, tidak ada satu kehidupan pun yang dapat lepas dari memerlukan akan air. Dan air juga merupakan alat berhias dan mempercantik diri. 



Yang dikatakan mandi tidaklah sekadar menuangkan air dalam jumlah yang banyak ke tubuh, namun yang penting bagaimana tubuh dapat mengambil faedah dari air tersebut. Rasul kita yang mulia, Muhammad shallallahu alaihi wasallam, adalah orang yang paling hemat dalam menggunakan air, “walaupun engkau berada di sungai yang airnya melimpah”, lebih kurang begitu nasihatnya kepada shahabatnya untuk hemat memakai air, padahal beliau shallallahu alaihi wasallam adalah manusia yang paling menjaga kebersihan. Yang hendak ditekankan di sini, adalah mengingatkan agar tidak melupakan air,  dipenuhi oleh kotoran, debu dan bau yang kurang menyenangkan. 





Saturday, June 18, 2011

Hanya padaMu ku serahkan segalanya

Ya Rabbi,
mendung berlalu pergi,
suria sinari alam ini,
meniti hari-hari,
ku lemas dalam keresahan hati,
titisan embun pagi,
hilang ditelan hari,
bunga yang berduri,
takut untuk didekati,


Ya Rabbi,
tunjukkan aku jalan hakiki,
duri onak akan kuharungi,
dengan ketulusan hati,
berikan ku kekuatan hati,
untuk menempuh ranjau duniawi,
agar dapatku menghayati,
dan terus sujud pada Ilahi,
restuilah langkah ini,
padaMu kuserahkan diri,
jiwa raga ke sisi ,
hanya padaMu ya Rabbi,

Thursday, June 16, 2011

Sikit-sikit Wahabi

Wahabbi itu satu misteri
Kalau ditanya apa itu Wahabbi
Kalau kritik ustaz dialah Wahabi
Tak qunut tak buat sujud sahwi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak ikut Mazhab Shafie
Engkau pengikut Wahhabi
Niat solat tanpa ussali
Engkau pengikut Wahhabi
Tak buat kenduri orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Tak baca talqin untuk orang mati
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tak berarak Maulid Nabi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak kisah wali dan sufi
Engkau pengikut Wahhabi
Kalau tolak keramat dan misteri
Engkau pengikut Wahhabi
Kau benarkan Chong dan Ramasamy
Masuk dalam masjid yang suci
Engkau pengikut Wahhabi

Bila Pak Lah buat Islam Hadari
Pihak berkuasa agama diam diri
Nak tegur salah pun tak berani
Walhal mana ada Islam Hadari
Islam yang benar Islam yang ori
Kenapa nak tambah jadi Hadari
Sebabnya ia idea Perdana Menteri
Kalau tegur hilang jawatan mufti
Kerusi empuk dan bergaji tinggi
Ada driver nak ke sana ke mari
Tak berani macam Maliki dan Hanbali
Imam-Imam dulu memang berani
Sanggup dipenjara dikerat jari

Buanglah ego dan bangga diri
Jangan guna kuasa sesuka hati
Tauliah apa lagi kalau bekas mufti
Habis tu main fitnah orang lagi
Tuduh dulu baru nak cari bukti
Kaedah fiqh mana yang enta pakai ni


Wednesday, June 15, 2011

Terima Kasih

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt

teman,
di daerah penuh kesepian
kita saling berkenalan
di bawah bumbung pusat pengajian 
di situlah bermulanya pertemuan
bulan berganti bulan
semakin akrab tali persahabatan
hari-hari ku penuh kegembiraan
diselaputi dengan gurauan
gelak tawa dan usikan
sering kau lakukan
menghibur hati yang kadang kesedihan




namun
tiba saat perpisahan
kau terpaksa meninggalkanku keseorangan
di medan penuh ujian
dengan ucapan selamat tinggal teman
petang mula diiringi hujan
inilah takdir Tuhan
yang mampu membuat perubahan
pada segala perancangan
semoga engkau diberikan kekuatan
menghadapi liku kehidupan

Tuesday, June 14, 2011

Janggut oh janggut

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt



Maha suci Allah dan syukur kepadaNya kerana jantung masih lagi berdenyut, akal yang cerdas, badan yang cergas. Sambil melayan Sinar fm di tengah hari ini yang lagu-lagunya retro kebanyakannya. Enrri kali ini berkenaan janggut. Kepada insan yang bergelar laki pasti memiliki janggut. Majoritinya ada janggut, minoritinya tiada mungkin atas sebab keturunan,gen atau hormon. Seperti yang kita semua tahu, menyimpan janggut ini adalah sunnah Baginda Rasulullah saw.

 "Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah kumis." (Riwayat Bukhari)


Hadis ini menerangkan alasan diperintahkannya untuk memelihara janggut dan mencukur kumis, iaitu supaya berbeza dengan orang-orang musyrik. Sedang yang dimaksud orang-orang musyrik di sini ialah orang-orang Majusi penyembah api, dimana mereka itu biasa menggunting janggutnya, bahkan ada yang mencukurnya.


Perintah Rasulullah ini mengandung pendidikan untuk umat Islam supaya mereka mempunyai keperibadian tersendiri serta berbeza dengan orang kafir lahir dan batin, yang tersembunyi mahupun yang terang. Lebih-lebih dalam hal mencukur janggut ini ada unsur-unsur menentang fitrah dan menyerupai orang perempuan. Sebab janggut adalah lambang kesempurnaan lelaki dan tanda-tanda yang membezakan dengan jenis lain.


Namun demikian, bukan bererti samasekali tidak boleh memotong janggut dimana kadang-kadang janggut itu kalau dibiarkan,  boleh panjang yang menjijikkan yang dapat mengganggu pemiliknya. Untuk itulah maka janggut yang demikian boleh digunting , sebagaimana tersebut dalam hadis rlwayat Tarmizi. Hal ini pernah juga dikerjakan oleh sementara ulama salaf, seperti kata Iyadh: "Mencukur, menggunting dan mencabut janggut dimakruhkan. Tetapi kalau diambil dari panjangnya atau di sampingnya apabila ternyata janggut itu besar (tebal), maka itu satu hal yang baik."


Dan Abu Syamah juga berkata: "Terdapat suatu kaum yang biasa mencukur janggutnya. Berita yang terkenal, bahawa yang berbuat demikian itu ialah orang-orang Majusi, bahawa mereka itu biasa mencukur jenggotnya."


Sesetengah pihak berpendapat, bahwa kebanyakan orang-orang Islam yang mencukur janggutnya itu lantaran mereka meniru musuh-musuh mereka dan kaum penjajah negeri mereka dan orang-orang Yahudi dan Kristian. Sebagaimana kelazimannya, bahawa orang-orang yang kalah senantiasa meniru orang yang menang. Mereka melakukan hal itu jelas telah lupa kepada perintah Rasulullah yang menyuruh supaya mereka berbeza dengan orang-orang kafir. Di samping itu mereka telah lupa pula terhadap larangan Nabi tentang menyerupai orang kafir, seperti yang tersebut dalam hadisnya yang mengatakan:

"Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia itu termasuk golongan mereka." (Riwayat Abu Dawud)


Kebanyakan ahli-ahli fiqh yang berpendapat tentang haramnya mencukur janggut itu berdalil perintah Rasul di atas. Sedang tiap-tiap perintah asalnya menunjukkan pada wajib, lebih-lebih Rasulullah sendiri telah memberikan alasan perintahnya itu supaya kita berbeza dengan orang-orang kafir. Dan berbeza dengan orang kafir itu sendiri hukumnya wajib pula.






gambar hiasan


Tidak seorang pun ulama salaf yang meninggalkan kewajiban ini. Tetapi sementara ulama-ulama sekarang ada yang membolehkan mencukur janggut kereaa terpengaruh oleh keadaan dan memang kerana bencana yang telah meluas. Mereka ini berpendapat, bahawa memelihara janggut itu termasuk perbuatan Rasulullah yang bersifat duniawiah, bukan termasuk persoalan syara' yang harus ditaati. Tetapi yang benar, bahwa memelihara janggut itu bukan sekadar fi'liyah Nabi, bahkan ditegaskan pula dengan perintah dan disertai alasan supaya berbeza dengan orang kafir.


Ibnu Taimiyah menegaskan, bahawa berbeza dengan orang kafir adalah suatu hal yang oleh syara' ditekankan. Dan menyerupai orang kafir dalam lahiriahnya dapat menimbulkan perasaan kasih dalam hatinya, sebagaimana perasaan kasih dalam batin dapat menimbulkan perasaan dalam zahir. Ini sudah dibuktikan sendiri oleh suatu kenyataan dan diperoleh berdasarkan suatu kajian.


Selanjutnya ia berkata: Al-Quran, Hadis dan Ijma' sudah menegaskan terhadap perintah supaya berbeza dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka secara keseluruhannya. Apa saja yang kiranya menimbulkan kerosakan walaupun agak tersembunyi, maka sudah dapat dikaitkan dengan suatu hukum dan dapat dinyatakan haram. Maka dalam hal menyerupai orang kafir pada zahirnya sudah merupakan sebab untuk menyerupai akhlak dan perbuatannya yang tercela, bahkan akan  terpengaruh pada kepercayaan. Pengaruhnya ini memang tidak dapat disangkal, dan kejelekan yang ditimbulkan akibat dari sikap menyerupai itu sendiri kadang-kadang tidak begitu jelas, bahkan kadang-kadang sukar dibuktikan. Tetapi setiap hal yang menjadi sebab timbulnya suatu kerosakan, syara' menganggapnya suatu hal yang haram.


Dari keterangan-keterangan di atas dapat kita simpulkan, bahwa masalah mencukur jenggot ini ada tiga pendapat:
  1. Pendapat pertama: Hukumnya haram. Yang berpendapat demikian, ialah Ibnu Taimiyah dan lain-lain.
  2. Pendapat kedua: Makruh. Yang berpendapat demikian ialah Iyadh, sebagaimana tersebut dalam Fathul Bari. Sedang ulama lain tidak ada yang berpendapat demikian.
  3. Pendapat ketiga: Mubah. Yang berpendapat demikian sementara ulama sekarang. 


    Tetapi barangkali yang agak bersikap tengah-tengah iaitu pendapat yang menyatakan makruh. Sebab tiap-tiap perintah tidak selamanya menunjukkan pada wajib, sekalipun dalam hal ini Nabi telah memberikan alasannya supaya berbeza dengan orang kafir. Perbandingan yang lebih mendekati kepada persoalan ini ialah tentang perintah mewarnai rambut supaya berbeza dengan orang Yahudi dan Kristian. Tetapi sebahagian sahabat ada yang tidak melakukannya. Oleh kerana itu perintah tersebut sekadar menunjukkan sunnat.


    Bak kata orang kita, nampok ler jantannyer kalo dah ade janggot tu..macho la sket.  :) sunnah baginda Rasulullah saw. Apa yang baik kita manfaatkan,apa yang tidak baik kita tinggalkan. Wallahualam.

Monday, June 13, 2011

Kerana namamu duhai Wanita

Bismillahirrahmanirrahim

Asslamualaikum wbt



Entri menarik daripada seorang sahabt teman ni, sangat menarik untuk dikongsi bersama kome.




seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,
segar mewangi di pelusuk dunia,
lembut wanita kerana tutur katanya,
mesra wanita kerana senyumannya,
cekal wanita kerana beraninya,
patuh wanita kerana setianya,
sabar wanita kerana belaiannya,
lemah wanita kerana air matanya,
ikhlas wanita kerana simpatinya,
dendam wanita kerana cemburunya,
sayang wanita kerana sifat kasihnya,
tanpa wanita lelaki lemah,
kerana wanita lelaki kalah.



gambar hiasan

Menyanyi dan Muzik

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt

Baru lepas layan lagu kumpulan Scorpion. Tiba-tiba idea nak tahu tentang hukum menyanyi dan muzik. Secara tidak langsung dapat kita semua perbetulkan akidah kita dan akhlak juga. Melalui lagu juga akhlak dah jadi tak tentu arah. Contoh kalau sudah terlampau taksub dengan mana-mana kumpulan. Sampaikan tingkah laku yang kurang baik pun ditirunya. Dari segi pakaian terutamanya,memang menjadi satu budaya untuk ditiru. Tatkala si artis ini memakai pakaian yang nampak sempoi, sudah ditiru si penonton atau si peminat. Kalau pakaian itu baik tak mengapa, inikan pakaian sampai tak cukup kain pun dah jadi ikutan, apa kome tak cukup duit nak beli kain? Trend la sangat. Kalau trend pun janganlah sampai di akhirat nanti kita yang susah. Kome pikiorla

Sejak zaman berzaman industri hiburan barat ini mempengaruhi homosapien di negara lain. Kuasa besar seperti Amerika Si Dajjal banyak merosakkan akhlak umat manusia. Tidak ketinggalan juga negara-negara kafir yang lain. Minta maafla nak cakap kat sini, buka apa. Masyarakat kita terutamanya orang Melayu ini suka sangat tiru dari barat, pantang nampak yang pelik-pelik, yan pelik itulah diikutnya. Walhal jelik adalah disisi agama. Maafla, bukan niat nak mengutuk bangsa sendiri,sebab sayangnya bangsa kita apatah lagi seagama dengan kita, janganlah kita tiru benda yang buruk-buruk. Sudah macam-macam gaya ada sekarang ini, terbaru ini,mungkin kalau tak silap gaya korea. Asal aurat dijaga, akhlak terjaga tak mengapa. 


Dalam konteks nyanyian pula, memang tak dinafikan bahawa hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga, ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri kata-kata kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya seorang bayi. 





Dalam hadis diterangkan:
"Dari Aisyah r.a, bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan pula:
"Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengahwinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul! Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: Tidak! Kemudian Rasulllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu. Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamul" (Riwayat Ibnu Majah)

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Imam Ghazali dalam Ihya'nya setelah membawakan beberapa hadis tentang bernyanyinya dua orang gadis itu, permainannya orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya: karena kamu, aku melihat hai Bani Arfidah, dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat permainan ini; dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, kemudian Ghazali berkata: Bahwa hadis-hadis ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas, bahwa nyanyian dan permainan, bukanlah haram. Dan dari situ juga menunjukkan dibolehkannya bermacam-macam permainan:
  1. Bermain anggar sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Habasyah.
  2. Permainan boleh dilakukan di masjid.
  3. Sabda Nabi kepada orang-orang Habasyah: karenamu aku melihat hai Bani Arfidah, adalah suatu perintah dan anjuran untuk bermain. Oleh karena itu bagaimana mungkin permainan itu diharamkannya?
  4. Dilarangnya Abubakar dan Umar dengan alasan, bahwa hari itu adalah hari raya dan hari gembira, sedang bernyanyi adalah salah satu daripada jalan untuk bergembira.
  5. Berdirinya Nabi yang begitu lama sambil menyaksikan dan mendengarkan nyanyian yang disetujui Aisyah, adalah cukup sebagai bukti, bahwa metode yang baik untuk menghaluskan budi perempuan dan anak-anak dengan cara menyaksikan permainan adalah lebih baik daripada kekasaran ruhud dan berkekurangan dalam suasana terhalang dan dihalang.
  6. Perkataan Nabi kepada Aisyah yang didahului dengan kalimat bertanya: senangkah kamu untuk melihat?
  7. Perkenan untuk menyanyi dan memukul rebana dari dua anak gadis itu dan seterusnya, seperti yang dituturkan al-Ghazali dalam Kitabus Sama' (fasal mendengar). Dan dari beberapa sahabat dan tabi'in diriwayatkan, bahwa mereka itu pernah mendengarkan nyanyian, sedang mereka tidak menganggapnya suatu perbuatan dosa. 



Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis, seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian."Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu."Banyak sekali nyanyian-nyanyian dan muzik yang disertai dengan perbuatan berlebih-lebihan, minum-minum arak dan perbuatan-perbuatan haram. Itulah yang kemudian oleh ulama-ulama dianggapnya haram atau makruh.

Sebagian mereka ada yang mengatakan: bahwa sesungguhnya nyanyian itu termasuk lahwul hadis (kata-kata yang dapat melalaikan) sebagai yang dimaksud dalam firman Allah:

"Di antara manusia ada yang membeli kata-kata yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah tanpa disadari, dan dijadikannya sebaqai permainan. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina." (Luqman: 6)

Ibnu Hazm berkata: "Ayat tersebut menyebutkan suatu sifat yang barangsiapa mengerjakannya bisa menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi, iaitu apabila dia menjadikan agama Allah sebagai permainan. Oleh karena itu jika dia membeli sebuah al-Quran untuk dijadikan ayat guna menyesatkan orang banyak dan dijadikannya sebagai permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah s.w.t. Samasekali Allah tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadis itu sendiri yang boleh dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah."



Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahwa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah.

"Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan." (Yunus: 32)
Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda 


"Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia adalah fasik termasuk semua hal selain nyanyian. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar.

 Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan.

Namun di situ ada beberapa ikatan yang harus kita perhatikan sehubungan dengan masalah nyanyian ini, yaitu:

1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. Oleh karena itu kalau nyanyian-nyanyian tersebut penuh dengan pujian-pujian terhadap arak dan menganjurkan orang supaya minum arak, misalnya, maka menyanyikan lagu tersebut hukumnya haram, dan si pendengarnya pun haram juga. Begitulah nyanyian-nyanyian lain yang dapat dipersamakan dengan itu.

2. Mungkin subyek nyanyian itu sendiri tidak menghilangkan pengarahan Islam, tetapi cara menyanyikan yang dilakukan oleh si penyanyi itu beralih dari lingkungan halal kepada I;ngkungan haram, misalnya lenggang gaya dengan suatu kesengajaan yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.

3. Sebagaimana agama akan selalu memberantas sikap berlebih-lebihan dan kesombongan dalam segala hal sampai pun dalam beribadah, maka begitu juga halnya berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur, padahal waktu itu sendiri adalah berarti hidup!

Tidak dapat diragukan lagi, bahwa berlebih-lebihan dalam masalah yang mubah dapat menghabiskan waktu untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban. Maka tepatlah kata ahli hikmah: "Tidak pernah saya melihat suatu perbuatan yang berlebih-lebihan, melainkan di balik itu ada suatu kewajiban yang terbuang."

4. Tinggal ada beberapa hal yang seharusnya setiap pendengarnya itu sendiri yang memberitahu kepada dirinya sendiri, yaitu apabila nyanyian atau satu macam nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah serta nafsu kebinatangannya itu dapat mengalahkan segi rohaniahnya, maka dia harus menjauhi nyanyian tersebut dan dia harus menutup pintu yang dari situlah angin fitnah akan menghembus, demi melindungi hatinya, agamanya dan budi luhurnya. Sehingga dengan demikian dia dapat tenang dan gembira.

5. Di antara yang sudah disepakati, bahwa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, iaitu sebagaimana sabda beliau:


"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)




Bukan merupakan kelaziman kalau mereka itu dirombak bentuk dan potongannya, tetapi apa yang dimaksud dirombak jiwanya dan rohnya. Bentuknya bentuk manusia tetapi jiwanya, jiwa kera dan rohnya roh babi.

Sebolehnya kita semua elaklah dengan perkara-perkara lagha ini. Apa pun tak untung. Dosa je dapat. Janganlah kome  nak lebih-lebih dalam hiburan, melampu. Burok bebeno kate orang Perak. Contohila program sperti Imam Muda. Sedap la mata memandang,hati senang terima.

Apa-apa pun, yang salah kita semua betulkan. Sebagai peringtana untuk saya dan kalian semua. Mudah-mudahan segala usaha sama kita untuk mengembalikan syiar Islam akan dipermudahkan. InsyaAllah. Islam itu indah.



Saturday, June 11, 2011

Friday, June 10, 2011

Anak

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Bersyukur kepada Allah swt kerana diri ini masih lagi bernyawa, dalam keadaan sihat tubuh badan serta akal. Beberapa minit lepas saya menonton video. Video telatah bayi. Ok, memang comel. Tipulah kalau saya kata tidak comel. SubhanaAllah. Bayi kecil yang umpama kain putih. Sekalipun bayi ataupun kanak-kanak membuat kita marah Janganlah memarahi mreka ini. Ingatlah, mereka tidak pernah membuat maksiat seperti mana kita ada melakukan maksiat kecil ataupun besar. Mereka lebih mulia daripada kita. 


Sedihnya di kala terbaca di ruangan akhbar, melihat dikaca tv mengenai kes buang bayi. Tergamaknya mereka (ibu bapa) membuang anak mereka sendiri. Ada pula yang sanggup gugurkan bayi dalam kandungan yang berusia tidak sampai 3 bulan! Macam-macam style si ibu mahupun si bapa ini nak buang anak mereka ini. Itulah, tahu buat tapi tidak tahu menjaga. Hal ini memang tak lari dari gejala sosial yang melampau sehinggakan nafsu menjadi raja dalam diri seterusnya melakukan zina. 

Si anak kecil yang baru sahaja melihat dunia, tetapi si ibu yang kejam ini sanggup membuang anaknya tanpa rasa kesal apatah lagi sedih. Ya Allah. Kalau ya pun rasa sedih, kenapa tidak fikir masak-masak sebelum melakukan pembuangan itu. Nak kata berakal itu ada. Tapi, tidak menggunakan sebaiknya. Apa salahnya memberikan anak itu kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. 

Ada pula yang sanggup membuang anaknya yang masih beberapa jam dilahirkan kedalam tong sampah, jamban, semak-samun dan ada jugak campak anaknya dari tingkat yang tinggi. Apa salah mereka? Mereka tidak bersalah langsung. Malah anda yang membuang itulah pesalah yang besar. Anakmu itu lagi mulia dari kamu. Binatang pun sayangkan anak. Kasilah binatang yang haram contohnya babi, si binatang ini pun tidak membuang anaknya kalian tahu? Perasaan kasih kepada anak itu sangat erat. Di ajarnya cara berjalan dan sebagainya. Yang si manusia bergelar ibu ini pula, membodohkan diri melakukan perbuatan terkutuk ini.

Pernah saya didedahkan dengan video bayi-bayi yang baru dilahirkan dibuang macam sampah, macam najis, tidak rasa bersalah sedikit pun perasaan mereka yang melakukan perkara terhina ini. Ada bayi yang di makan semut api, dimakan anjing, serigala, gagak. Kalau si bayi itu boleh bercakap. Mungkin ia tidak memarahi ibunya,malah menyuruh ibunya itu ambil ia semula,kerana kesakitan yang dialami si bayi, kesejukan, kepanasan,kelaparan. Si anak kecil ini menagis tanda memanggil ibunya kembali mengambil dia. Dia minta maaf kalau kehadirnnya menyusahkan. Tapi tangisan itu tidak didengari. Tidak dipedulikan. Perlahan-lahan mata dipejam untuk tinggalkan didunia ini selamnya. 

Sesudah Islam melindungi masalah nasab dengan cara demikian, kemudian Islam juga menetapkan untuk anak dan orang tua, masing-masing mempunyai hak, sesuai dengan kedudukannya sebagai orang tua dan anak. Di samping itu Islam juga mengharamkan beberapa hal kepada mereka masing-masing, demi melindungi dan menjaga hak-hak tersebut.
Anak mempunyai hak hidup. Ayah dan ibu tidak boleh merenggut hidupnya si anak, baik dengan membunuh ataupun dengan menanam hidup-hidup, sebagaimana yang biasa dilakukan orang-orang Arab di zaman jahiliah

Firman Allah:

"Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka maupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar." (al-Isra': 31)

"Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh?" (at-Takwir: 8-9)


Kerana dorongan untuk berbuat yang mungkar ini ada kalanya soal ekonomi, misainya karena takut kelaparan dan kemiskinan, atau alasan non-ekonomis, misalnya kaiena takut tercela kalau si anak itu kebetulan perempuan, maka Islam mengharamkan perbuatan biadab ini dengan sangat keras sekali. Sebab perbuatan seperti itu dapat memutuskan kekeluargaan dan menyebabkan permusuhan.
Untuk masalah ini Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: dosa apakah yang teramat besar? Jawab Nabi: yaitu engkau menyekutukan Allah padahal Dialah yang menjadikan kamu. Kemudian apa lagi? Maka jawabnya: yaitu engkau bunuh anakmu lantaran kamu takut dia makan bersamamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dan di antara hak anak yang harus ditunaikan oleh ayahnya, ialah memberikan nama yang baik. Seorang ayah tidak boleh memberi nama anaknya dengan nama yang dapat mengganggu perasaan anak apabila dia sudah cukup dewasa. Dan diharamkan memberi nama anaknya dengan Hamba Lain Allah misalnya: Abdun Nabi, (hamba Nabi), Abdul Masih (hamba Isa al-Masih) dan sebagainya.Di samping itu anak juga mempunyai hak perlindungan, pendidikan dan nafkah yang samasekali tidak boleh diabaikan.

Sabda Nabi:


    "Tiap-tiap kamu adalah pemimpin, dan tiap kamu akan dimintai pertanggungjawaban tentang yang dipimpinnya itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


"Cukup berdosa seseorang yang mengabaikan orang yang menjadi tanggungannya." (Riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Hakim)


"Sesungguhnya Allah akan minta pertanggungjawaban kepada setiap pemimpin terhadap yang dipimpinnya, apakah dia itu memperhatikan, ataukah mengabaikan, sampai pun Ia akan minta pertanggungjawaban kepada seorang laki-laki tentang keluarga rumahnya." (Riwayat Ibnu Hibban)

Sayangilah mereka,kasihi mereka. Anak-anak kecil lebih mulia dari kita.

Thursday, June 9, 2011

Melihat Kematian

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Kematian pasti akan menjemput kita dan hakikatnya kita tidak boleh lari daripada kematian. Mana agama pun mengakuinya. Hidup pasti akan mati. 

Kematian itu satu yang wajib bagi setiap makhluk yang bernyawa. Hatta malaikat Izrail pun akan mati jua. Pada hakikatnya, melihat kematian bukanlah perkara yang mudah kerana takut dan bimbangya mati. Tidak ramai manusia berani melihat kematian malah dunia itulah yang dilihatnya sebagai satu kenikmatan yang kekal abadi. Ambillah dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat dan janganlah ambil dunia ini sebagai sesuatu yang menghalang akhirat. 


Cubalah kita bayangkan dengan kesunguhan hati ini, dengan kebeningan akal, jika tiba-tiba Malaikat Maut datang menjemput roh. Cuba bayangkan jika sewaktu nyawa kita diminta kembali, sementara itu masih dalam keadaan kita ini penuh dengan dosa-dosa samada dosa kecil ataupun dosa besar, dan lebih menakutkan, ketika itu kita melakukan perkara-perkara maksiat. Tiba-tiba, nyawa disentap dengan keras. Tidak terlambat sesaat ataupun lebih sesaat. Mati dalam keadaan sebegitu tidak siapa mahukan di kalangan kita yang diberi iman olehNya.  Ingatlah kematian, tidak perlu takut dengan perkara yang pasi akan berlaku.


Pada dasarnya kematian itu sangat mencemaskan, mnakutkan sekaligus mengerikan. Bukan jarang seseorang takut untuk mengingati kematian, bahkan ramai orang inginkan hidup di dunia ini abadi. Namun Allah memiliki ketetapan yang tidak dapat ditolak, semua yang ada pasti mati. 


Allah swt berfirman:


"Tiap-tiap diri(seudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami(untuk menerima balasan)."
(Surah al-Ankabut:57)


Siapa yang banyak mengingati kematian, maka Allah akan memberikan kemuliaan dengan tiga perkara kepadanya:

  1. Segera bertaubat
  2. Hati yang menerima
  3. Tekun dalam beribadah

Rsasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat tentang manusia yang paling berjaya, lalu Rasulullah menjawab:


"Dialah orang yang sering mengingati mati dan yang paling bersungguh-sungguh dalam menyediakan bekalan. Merekalah orang yang berjaya, mereka pergi meninggalkan kemuliaan dunia dengan mengalu-alukan kemuliaan akhirat." (HR. Imam Ahmad)


Perhatikan sabda Nabi, "Hisablah diri kamu semua sebelum dihisab, timbanglah sebelum kamu semua ditimbang. Inginkan syurga tanpa beramal adalah dosa." Dalam hadis Qudsi disebutkan, "Tidak ada yang lebih memalukan daripada orang yang sangat inginkan syurga-Ku tanpa beramal. Bagaimana Aku dapat bermurah dengan rahma-Ku kepada orang yag kikir untuk taat kepada-Ku?" Jika didunia tidak beramal dengan baik, maka seseorang tidak mampu menggantinya di akhirat. Dan yang dapat dilakukan hnyalah penyesalan yang brpnjangan. Kelauralah air mata nanah ke atau air mata darah, sudah tidak berguna lagi. 




Cubalah kita lihat sekeliling kita, beapa orang yang hidup dan berpa pula yang meninggal? Seharusnya, semua ini menjadi cermin kepada kita supaya sentiasa menyediakan diri ini agar jangan sampai terus-menerus terlena dengan kehidupan dunia. Kematian merupakan perkara yang hebat dan besar, sedangkan melihat kematian adalah sa;ah satu cara seseorang menjauhkan diri dari tipu daya dunia bagi mndorongnya memiliki bekalan yang mencukupi.