Sunday, April 22, 2012

ilmu pengetahuan

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

final exam menjelang tiba.hati mula tertanya-tanya, adakah otak ini mampu menampung semua ilmu-ilmu yang dipelajari selama beberapa bulan ini.andai difikirkan kembali, hard disk, ciptaan manusia mempunyai memori yang tinggi mencecah tera dan lebih. jika dibandingkan dengan manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian, mana mungkin memori manusia kurang berbanding hard disk tersebut.

lantaran itu, mengapa kita masih mengeluh dengan nikmat kurniaan yang kita perolehi. mempunyai akal fikiran yang mampu berfikir secara waras, membezakan baik dan buruk, mempunyai daya ingatan yang tinggi. di manakah kesyukuran kita letakkan. 

firman Allah dalam surah al-Mujadalah yang bermaksud:
"Allah meninggikan orang yang beriman antara kamu dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan pelbagai darjat." (surah al-Mujadalah:11)

berdasarkan ayat tersebut, tahulah kita bahawa, mereka yang menuntut ilmu juga akan ditinggikan darjat. kerana antara orang yang berilmu dan tidak berilmu, pasti ada perbezaannya. 



firman Allah yang bermaksud:
"bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."( surah al-'Alaq:1-5)
menurut sejarah penurunan Al-Quran, ayat yang pertama diturunkan adalah surah al-'Alaq, ayat 1-5.. jika difikirkan secara logik, ingatan yang pertama diturunkan adalah ingatan supaya kita membaca. oleh itu, mengapa harus diperlengahkan untuk membaca kerana melalui pembacaan, ilmu kita akan bertambah sekurang-kurangnya satu patah perkataan.

subhanallah.perancangan Allah begitu rapi, sehingga setiap peringatan itu, turun mengikut kronologi yang bersesuaian.

Friday, April 13, 2012

:)

bismillahirrahmanirrahim


assalamualaikum


I want,

A gentle touch without guilt,


A soothing voice in my ears,

A sweet medicine of laughter,

 
A soft pressure on my shoulder, 



The coolness of my eyes, 



A blessing from above, 



A pair of wings like a dove, 



I want, 



The other half of me.




"And among His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought." 
(al-Quran, Surah ar-Ruum, Ayat 21)



Friday, April 6, 2012

sifat iblis

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

antara sifat iblis yang dimurkai Allah:

1. sifat ingkar
iblis ingkar saat diperintahkan oleh Allah supaya tunduk kepada Adam. firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 34 yang bermaksud:
"dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam A.S". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan jadilah ia dari golongan Yang kafir"

2. sifat sombong dan takbur
iblis enggan tunduk kepada Adam kerana menganggap dirinya yang tercipta daripada api adalah lebih baik daripada Adam yang tercipta daripada tanah.

3. rasa tidak bersalah
iblis tidak menyesal setelah melakukan kesalahan mengingkari suruhan Allah, malahan iblis menyalahkan Allah kerana membuatnya sesat seperti dalam firman Allah yang bermaksud:
"ia berkata, 'disebabkan Engkau menyesatkan aku, maka aku akan duduk mengintip mereka atas jalan Engkau yang lurus"( Al-An'am:16)

4. dengki dan dendam
iblis dengki melihat Adam masih di dalam syurga. lalu iblis bersumpah untuk memperdayakan Adam supaya terkeluar dari syurga akibat mengingkari larangan Allah. dan bukan setakat Nabi Adam sahaja yang hendak diperdayakannya tetapi dendam iblis sampai ke anak cucu Adam sehingga hari kiamat. firman Allah:
"kemudian aku datang kepada mereka (memperdayakan) dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka, sehingga kebanyakan mereka tiada berterima kasih (syukur) kepada Engkau" (Al-A'raaf:17)

5.tipu daya
iblis memujuk Nabi Adam supaya menghampiri pohon yang dilarang oleh Allah dengan berkata baginda akan menetap kekal di syurga jika berbuat demikian. iblis bersumpah untuk meyakinkan Nabi Adam bahawa apa yang dikatakan adalah berupa nasihat seperti yang telah disebut di dalam Al-Quran:
"lalu iblis memperdayakan keduanya supaya terbuka kemaluannya yang tertutup, serta ia berkata  "tiadalah Tuhanmu melarang menghampiri pohon melainkan supaya jangan kamu menjadi malaikat atau tetap kekal dalam syurga"(Al-A'raaf:20)

oleh itu, bersegeralah kita menjaga tingkah laku, sikap dan niat dalam diri ini agar sentiasa menjauhi sifat-sifat iblis ini. masih terdapat banyak lagi sifat buruk yang perlu kita hindari agar tidak terjebak dalam perangkap iblis ini. 

objektif kehidupan

bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

sebagaimana yang kita sedia maklum, objektif kehidupan kita adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan memenuhi kehidupan dengan aktiviti-aktiviti berunsurkan ibadah.dalam solat lima kali sehari, kita sendiri telah melafazkan ikrar sebagai hamba Allah dalam doa iftitah yang bermaksud:
"sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Tuhan semesta alam" (Al-An'aam:162)
namun, adakah kita benar-benar menunaikan ikrar ini dalam kehidupan seharian kita? Dalam surah Al- Fatihah yang kita sering baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari, kita memohon padaNya agar sentiasa menunjukkan kita pada jalan yang lurus, namun adakah kita ini sentiasa berusaha untuk terus berada dijalan tersebut?firman Allah yang bermaksud:
"tunjukilah kami jalan yang lurus.(iaitu) jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat"(Al-Fatihah-6-7)


sesungguhnya seseorang itu tidak akan mampu berubah melainkan kehendaknya sendiri, dan tidak ada orang lain yang akan mampu mengubahnya melainkan empunya diri.