Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
sinar pagi kian ceria di iringi siulan burung-burung yang berkicauan mencari santapan buat diri dan anak-anak.begitu juga deras deruan kenderaan-kenderaan membelah laluan menuju tempat bekerja demi menampung keperluan keluarga.dalam kesibukan kita mengejar rezeki dunia, adakah kita masih berada dalam naungan keredhaanNya?
saat azan berkumandang, adakah kita serta merta bergegas mengambil wudhu dan menunaikan solat?atau adakah hanya setelah di saat-saat terakhir waktu solat, barulah kita menggapai sejadah. tepuk dada tanya iman.ibadah kita dilakukan kerana terpaksa atau rela kerana kerinduan dan kasih kita pada Allah.
firman Allah swt yang bermaksud:
"orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhanya (dengan berbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya ditakuti." (surah Al-Isra':57)
suatu ketika, di saat usai senja kian berlabuh, waktu solat maghrib kian menerjah.namun, ada yang masih lena dalam buaian perniagaan mahupuan senda gurau dengan rakan-rakan. azan berkumandang seolah-olah tidak dihiraukan, tenggelam dengan kebisingan manusia dengan aktiviti masing-masing.
firman Allah swt yang bermaksud:
"dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkankata-kata mereka , mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri." (surah al-Furqan:63-64)
sabda Rasulullah saw: "didiklah anak-anakmu dengan mencitai Allah, mencintai NabiNya dan membaca Al-Quran."
hanya hati yang dipenuhi cinta dan kerinduan pada Allah dan kebenaran sahajalah yang memberi kekuatan pada kita untuk tidak pernah terpukau dengan kesibukan aktiviti dunia dan sentiasa mendahulukan agama.
firman Allah yang bermaksud:
"(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalahkami dari azab neraka." (surah Al-Imran:191)
berdiri, duduk dan berbaring realiti kehidupan. ketiga-tiganya adalah simbol perlakuan kita pada setiap hari. sebagai muslim yang sejati, dalam setiap keadaan tersebut, Allah sentiasa diingati dan memikirkan ciptaanNya..
wallahualam



No comments:
Post a Comment