Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Wahai insan yang bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar pada zaman ini.
KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Jangan mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu tetapi menikah di hadapan Allah.
KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikiruntuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.
KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasan malaikat.
SELAMA MENEMPUH HIDUP BEKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi semak belukar yang penuh onak dan duri.
KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.
KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri anda 100%
KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bahagikan cinta kepada (suami)isteri dan anak anda tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai lah anak-anak anda masin-masing 100%
KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUNDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan tingkat ketaatan suami dan isteri
KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita dan terutama tidak lupa kepada Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja denga isteri tapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.
KETIKA ANDA BERMASALAH
Yakinlah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang berasa tidak didengar oleh orang tuanya.
KETIKA USIA MENJELANG TUA
Banyakkanlah ibadat kerana malaikat maut bakal menjemputmu kelak.
Gunakanlah formula 7K
1. Ketakwaan
2. Kasih Sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi Dialog
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran




No comments:
Post a Comment