Friday, February 24, 2012

10 Peringatan Bumi



Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Berkata Anas Bin Malik r.a :-

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah dia atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engaku akan menangis di dalam perutku. 

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engaku makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di makan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engaku angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di hina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engaku akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engaku hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan kesorangan di dalam perutku.





Mencari Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

sinar pagi kian ceria di iringi siulan burung-burung yang berkicauan mencari santapan buat diri dan anak-anak.begitu juga deras deruan kenderaan-kenderaan membelah laluan menuju tempat bekerja demi menampung keperluan keluarga.dalam kesibukan kita mengejar rezeki dunia, adakah kita masih berada dalam naungan keredhaanNya?

saat azan berkumandang, adakah kita serta merta bergegas mengambil wudhu dan menunaikan solat?atau adakah hanya setelah di saat-saat terakhir waktu solat, barulah kita menggapai sejadah. tepuk dada tanya iman.ibadah kita dilakukan kerana terpaksa atau rela kerana kerinduan dan kasih kita pada Allah.

firman Allah swt yang bermaksud:
"orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhanya (dengan berbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya ditakuti." (surah Al-Isra':57)

suatu ketika, di saat usai senja kian berlabuh, waktu solat maghrib kian menerjah.namun, ada yang masih lena dalam buaian perniagaan mahupuan senda gurau dengan rakan-rakan. azan berkumandang seolah-olah tidak dihiraukan, tenggelam dengan kebisingan manusia dengan aktiviti masing-masing.

firman Allah swt yang bermaksud:
"dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkankata-kata mereka , mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri." (surah al-Furqan:63-64)
sabda Rasulullah saw: "didiklah anak-anakmu dengan mencitai Allah, mencintai NabiNya dan membaca Al-Quran."

hanya hati yang dipenuhi cinta dan kerinduan pada Allah dan kebenaran sahajalah yang memberi kekuatan pada kita untuk tidak pernah terpukau dengan kesibukan aktiviti dunia dan sentiasa mendahulukan agama.

 firman Allah yang bermaksud:
"(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalahkami dari azab neraka." (surah Al-Imran:191)
berdiri, duduk dan berbaring realiti kehidupan. ketiga-tiganya adalah simbol perlakuan kita pada setiap hari. sebagai muslim yang sejati, dalam setiap keadaan tersebut, Allah sentiasa diingati dan memikirkan ciptaanNya..

wallahualam 


Thursday, February 23, 2012

Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Wahai insan yang bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar pada zaman ini.


KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Jangan mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu tetapi menikah di hadapan Allah.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikiruntuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasan malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BEKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri anda 100%

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Jangan bahagikan cinta kepada (suami)isteri dan anak anda tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai lah anak-anak anda masin-masing 100%

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUNDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan tingkat ketaatan suami dan isteri

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita dan terutama tidak lupa kepada Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja denga isteri tapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

KETIKA ANDA BERMASALAH

Yakinlah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang berasa tidak didengar oleh orang tuanya.

KETIKA USIA MENJELANG TUA

Banyakkanlah ibadat kerana malaikat maut bakal menjemputmu kelak.




Gunakanlah formula 7K

1. Ketakwaan

2. Kasih Sayang

3. Kesetiaan

4. Komunikasi Dialog

5. Keterbukaan

6. Kejujuran

7. Kesabaran





Thursday, February 16, 2012

suami biasa vs suami luar biasa

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Suami adalah ketua keluarga. Kewibawaan dalam memimpin keluarga amat penting dalam memastikan organisasi keluarga dalam keadaan stabil dan harmoni. 

suami biasa:
kalau baik pun, setakat menjaga makan minum, pakaian dan keperluan harian.keperluan ilmu agama, dan tanggungjawab kepada agama biasanya terabai.

suami luar biasa:
keperluan hidup keluarga akan dijaga sebaik mungkin dan perihal keagamaan dijaga rapi lebih-lebih lagi dalam memberikan ilmu agama

suami biasa:
mudah melenting apabila isteri atau anak-anak melakukan kesalahan. atau ada yang hanya membiarkan kesilapan isteri dan anak-anak tanpa membetulkan dan menasihatkan

suami luar biasa:
bersabar dengan kesilapan isteri dan anak-anak, dan membetulkan dan menerangkan dengan penuh hikmah dengan harapan kesilapan itu tidak akan berulang lagi



suami biasa:
menyerahkan tugas mengurus urusan rumah tangga bulat-bulat kepada isteri tanpa menghiraukan keletihan isteri yang turut sama bekerja

suami luar biasa:
sentiasa menyokong isteri dalam menguruskan rumah tangga dan membantu meringankan kerja-kerja isteri. memahami beratnya tugas isteri dalam melahirkan anak-anak yang bakal menjadi pemimpin dan pencinta Allah

suami biasa:
suka memandang perempuan lain di luar rumah

suami luar biasa:
menjaga pandangan dari memandang perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah dan kehancuran rumah tangga.

Thursday, February 9, 2012

manfaat solat tahajud

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.t

Sebuah hadis sahih telah menceritakan bahawa nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan solat tahajud sehinggalah baginda wafat. sebuah hadis lain yang dikemukakan oleh Abu Hurairah, Abu Daud menceritakan, Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud " solat hajat yang utama selepas solat fardhu adalah solat tahajud"

firman Allah s.w.t dalam surah al-Muzammil ayat 1-3:
"wahai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersolat) di malam hari kecuali sedikit (daripadanya) , iaitu seperduanya atau kurangilah seperdua itu sedikit"
dalam surah al-Israk ayat 79, Allah berfirman:
"Dan, pada sebahagian malam hari, bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji"

sebuah hadis riwayat Tirmizi mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit". 

melalui sebuah fakta setelah membuat penelitian didapati bahawa ketenangan dapat meningkatkan ketahanan imunologi tubuh, mengurangkan risiko terkena penyakit dan memanjangkan usia. sebaliknya stress atau tekanan dapat menyebabkan seseorang itu mudah terkena jangkitan, mempercepatkan perkembangan sel kanser dan meningkatkan metosis.

solat tahajud memiliki kandungan aspek meditasi dan relaksasi yang cukup besar dan kandungan yang dapat digunakan bagi strategi penahanan adaptif untuk mengurangkan stress. paradigma psikoneuroimunologi dapat menjelaskan secara holistik hubungan mekanistik mengenai kaitan peningkatan antara pelaksanaan solat tahajud dengan gerak balas ketahanan tubuh.melalui perantaraan neurotransmitter, neurohormonal, hormon dan sitokin.

wallahualam