Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Seorang soleh bernama Ahmad bin Harb mempunyai seorang anak lelaki.Sejak kecil anak itu telah diajarnya mengenal Allah dan YAKIN bahawa Dia berkuasa atas segala sesuatu.llah yang menghidupkan,mematikan dan yang memberi rezeki kepada manusia.
“Nak,jika engkau menginginkan sesuatu,engkau mesti berdoa dan minta dan berdoa kepada Allah.Tidak boleh kepada yang lain.” kata Ahmad kepada anaknya.
“Bagaimana caranya ayah?” tanya anaknya.
“Engkau pergi ke tingkap,angkat kedua-dua tanganmu ke langit dan ucapkan: “Ya Allah!aku ingin ini ………. maka berilah aku rezeki dari sisiMu.”
Ahmad dan isterinya telah menyediakan segala makanan,minuman atau benda-benda yang menjadi kegemaran anaknya itu.Setiap kali anaknya pergi ke tingkap,kedua-duanya perg ke tempat benda-bendanya yang disorokkan.
Suatu hari anaknya pergi ke tingkap dan berdoa: ” Ya Allah! aku ingin roti yang sedap,maka berilah aku rezeki dari sisiMu.”
Secepat kilat ibunya meletakkan roti di atas meja makan.Maka apabila anaknya pergi ke meja makan,telah tersedia makanan yang dimintanya.Dia YAKIN bahawa rezeki yang tersedia itu dari Allah.
Keesokan harinya pula,ia pergi ke tingkap lalu berdoa:”Ya Allah berilah aku minuman yang sedap.”
Apabila ia menoleh,di meja sudah tersedia minuman yang sedap yang diletakkan ibunya.Dia YAKIN bahawa Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan memperkenankan permintaannya.
Suatu hari,Ahmad dan isterinya keluar menguruskan sesuatu.Sementara anaknya ditinggalkan dirumah.Anaknya itu sangat-sangat nak makan roti.Lalu,pergilah dia ke tingkap dan berdoa:” Ya Allah,aku nak sangat makan roti.Maka berilah aku rezeki dari sisiMu.”
Ketika itu juga tersedia roti ditempat makannya. Apabila ibubapanya pulang,kedua-duanya terkejut melihat anaknya makan roti.Padahal ketika itu dirumahnya kebetulan tidak ada roti.
“Daripada mana engkau mendapatkan roti wahai anakku?” tanya Ahmad dan isterinya.
“Dari Allah yang memberiku makanan setiap hari itu.” jawab anaknya.
Dengan kejadian ini,Ahmad sedar bahawa anaknya telah mencapai taraf yang tinggi keyakinannya kepada Allah dan telah menempuh jalan seperti yang ditempuh oleh orang tawakal.
*****************
SubhanAllah.. Iman maksudnya kepercayaan sepenuhnya pada Allah. Sekuat itukah iman kita??
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” (Hujurat:15)
wAllahu’alam.
Diambil dari: link




No comments:
Post a Comment