Monday, August 1, 2011

Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, semoga kita diberi lebih kenikmatan dalam kehidupan kita seharian. Entri kaloi ini mestilah nak berkaitan dengan ramadhan jugak kan,  bce blog rakan lain pun ada yang sudah post pasal ramadhan, dan saya pun nak juga post pasal ramadhan. Tak banyak pun nak dituliskan sebab pembaca pun sudah tau yang ramadhan tu mesti puasa. Memanglah kan. Wajib!


Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan,
minum dan bercakap perkara yang tidak baik. Ha, itu apa yang kita belajar waktu di sekolah kan apakah maksud ramadhan. Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang
perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat puasa.



 Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang
berada di padang pasir pada musim panas. Itu salah satu pengetahuan untuk kome la ye kalau ada sesiapa yang dah terlupa. 


Perenggan di atas itu kira basic la untuk kome pahamkan. Bagus untuk kanak-kanak untuk baca blog ni. Sebab tak terlalu ganas dan tak berserabut. Hehe.


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. 
Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Daripada:

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.



Itu adalah sebahgian perkara yang wajib kita tahu pabila berada di bulan ramadhan. Kepada sesiapa ang tidak tahu, yang tahu tolonglah beri tahu kepada siapa yang tidak tahu agar mereka tahu perkara yang sepatutnya mereka ini tahu. (:





No comments:

Post a Comment