Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Untuk dibuat kawan memang senang, tapi untuk dibuat kawan baik tu susah sikit kan. Mesti kita pun memilih siapa nak jadi kawan baik kita. Serba sedikit di dalam kitab Hidayatul Salikin , Imam Gahzali ada menyatakan, " Hendakalah kita memilih sahabat dengan 5 syarat." Syarat-syaratnya adalah :
1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
p/s : carilah kawan yang boleh membawa kepada jalan yang lurus lagi benar, yang benar lagi lurus :)





No comments:
Post a Comment