Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaiukum wbt
Sudah agak lamanya saya tak menulis di blog. Wah! sebulan lebih jugakla. Maklumlah, nak kata sebok tak jugak. Sejak balik dari universiti ni susah sikit nak online. Di rumah bukannya ada internet, nak online pun terpaksa pergi kedai mamak. Ok, kredit kat kedai mamak ni, free saja. online dengan muka tak malunya setakat order ais kosong saja tambah pulak pasang plug sebab sengaja tak bawak bateri. Bayar tetap 30 sen. Not bad la. Berbaloi bagi saya dan kesian kat kedai ini. Takpe, semoga keiklasan anda bagi saya online ni akan di balas Allah swt. Amin..
Sejak post pasal MASUM di UPM tu ada last ayat di bawah tu saya nak cerita pasal saya di UPM tu. Urmm.. Tak banyak nak ceritakan. Tinggal pun seminggu je. Best jugak la UPM. U besar, jalan pun belit-belit. Pasal MASUM tu pula, Alhamdulillah.. Skuad KARATE UMP meraih 2 perak dan 1 gangsa. Tahniah. Nak diceritakan, skuad karate kami ni tak target langsung nak dapat pingat, sensei (jurulatih) kami ni rendah diri je, siap tanya kami lagi, "nak berapa pingat?" waktu itu hanya saya dan seorang rakan lagi sahaja yang ada di waktu pertanyaan sensei, kami jawabla "ntah", sambil sengih-sengih. Coach kepada atlet lain semua target pingat. Tak dapat jugak. Nak buat macam mana, tiada rezeki. Rezeki mungkin Allah permudahkan untuk skuad karate kami. Pihak sukan UMP pun agak terkejut dengan pencapaian kami, dahla "underdog". Kebetulan pula, ini juga kali pertama skuad karate UMP ke MASUM.
Di UPM, pertandingan kami dilangsungkan di Dewan Banquet. UMP,UPM,UM,USM, UMS,UiTM,UIAM,Unisza, UUM,UTeM,UTM,UPSI. Itu jumlah universiti yang terlibat, dan saya pun tak tahu berpa jumlah atlet kesemuanya. UMP menghatar 6 orang atlet sahaja. 5 leaki 1 perempuan. Maka nak diceritkan, team UMP antara atlet yang sikit jumlahnya. Agak psiko jugak la lihat atlet lain, lihat ketinggian mereka, wajah garang mereka. Ada dalam berapa belas jugak la atlet Malaysia dalam pertandingan situ, itu tak termasuk pemain negeri pula. Ok, sekian. Kalau nak cerita pasal injured tu, perkara biasala, takat hamstring sakit, lutut lari, telinga darah, mulut darah, tangan patah. Normal. Alhamdulillah saya punya hamstring dah pulih.
antara gambar
Sekian, itu sahaja nak diceritkan berkenaan MASUM di UPM





No comments:
Post a Comment