Saturday, July 30, 2011

Harimau Malaya

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Oleh kerana sudah lama tidak menge"post:" dalam blog, sengaja untuk post buat kali kedua pada hari yang sama, ok, sebelum masuknya waktu asar di Ipoh ni, nak postla pasal skuad Harimau Malaya kita. Aummm! Pertama sekali, tahniah buat skuak Malaysia kerana sampai pada pusingan kedua pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil. Bangga jugak la, kerana ada juga peningkatan yang ditunjukkan sejak mmenangi Piala AFF Suzuki. 

Menentang S`pore pada tempoh hari amat menduka citakan jugakla kerana kekalahan dengan agergate 6-4. Apa-apapun pasukan kita dah berjuang habis-habisan di depan hampir 90000 penyokong Malaysia, tetapi rezeki tidak menyebelahi kita, mungkin ada rezeki pada kemudian harinya. 

Percaturan yang dikelolakan oleh king gopal kali kedua tidak menjadi,  dengan kecederaan yang dialami Aidil Zafuan pada bahagian pertahanan. Ini menjadikan bahagian pertahanan sedikit cacat, permaiananysang ditunjukkan kali ini mungkin tak secantik sebelum-sebelumnya. Kredit yang teramat sangat kepada pemain yang bernama Safee Sali dan juga Khairul Fahmi Che Mat. Perghh.. Deme ni memang pemain terbaik Malaysia setakat ni, persembahan yang ditunjukkan deme dua ni mmg menggumkan. Dan layakalah deme dua ni dikekalakan dalam skuad kebangsaan. Kepada yang lain ni, bukannya tak bagus, cuma perlu di pertingkatkan mutu dan kualiti persembahan Kalau nak kasi saya main pun memang tak layak la kan. 

King Gopal sepatutnya membuat pilihan  yang tepat unutk bahagian petahanan,  kalau tidak dirombak pun, mereka harus didahkan dengan lebih bnyak peglaman. Takpe, yang lepas usah dikenangkan, pandang la ke hadapan, jadikan yang sebelumnya sebg pengajaran.

Selepas ini tinggal skuad Olimpik untuk berjuang. Semoga dieberi kejayaan. InsyaAllah.




AKU BANGGA DENGAN KOME!!!
HARIMAU MALAYA!!! 100% MALAYSIA!!!

P/S : Nak sembang lebih-lebih risau emo plak nanti, terkeluar bahasa kesat ,maklumlah, saya pun manusia biasa, ada jugak maki-maki, terutamanya kat team S`pore. Berdrama la plak, lembik, kene selit ngan body pun sakit lebih-lebih, bukan pro pun, itu bukan hero, haprak je. SAMPAH!!!

Haiyya`lal solah~



Random

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaiukum wbt



Sudah agak lamanya saya tak menulis di blog. Wah! sebulan lebih jugakla. Maklumlah, nak kata sebok tak jugak. Sejak balik dari universiti ni susah sikit nak online. Di rumah bukannya ada internet, nak online pun terpaksa pergi kedai mamak. Ok, kredit kat kedai mamak ni, free saja. online dengan muka tak malunya setakat order ais kosong saja tambah pulak pasang plug sebab sengaja tak bawak bateri. Bayar tetap 30 sen. Not bad la. Berbaloi bagi saya dan kesian kat kedai ini. Takpe, semoga keiklasan anda bagi saya online ni akan di balas Allah swt. Amin..

Sejak post pasal MASUM di UPM tu ada last ayat di bawah tu saya nak cerita pasal saya di UPM tu. Urmm.. Tak banyak nak ceritakan. Tinggal pun seminggu je. Best jugak la UPM. U besar, jalan pun belit-belit. Pasal MASUM tu pula, Alhamdulillah.. Skuad KARATE UMP meraih 2 perak dan 1 gangsa. Tahniah. Nak diceritakan, skuad karate kami ni tak target langsung nak dapat pingat, sensei (jurulatih) kami ni rendah diri je, siap tanya kami lagi, "nak berapa pingat?" waktu itu hanya saya dan seorang rakan lagi sahaja yang ada di waktu pertanyaan sensei, kami jawabla "ntah", sambil sengih-sengih. Coach kepada atlet lain semua target pingat. Tak dapat jugak. Nak buat macam mana, tiada rezeki.  Rezeki mungkin Allah permudahkan untuk skuad karate kami. Pihak sukan UMP pun agak terkejut dengan pencapaian kami, dahla "underdog". Kebetulan pula, ini juga kali pertama skuad karate UMP ke MASUM. 

Di UPM, pertandingan kami dilangsungkan di Dewan Banquet. UMP,UPM,UM,USM, UMS,UiTM,UIAM,Unisza, UUM,UTeM,UTM,UPSI. Itu jumlah universiti yang terlibat, dan saya pun tak tahu berpa jumlah atlet kesemuanya. UMP menghatar 6 orang atlet sahaja. 5 leaki 1 perempuan. Maka nak diceritkan, team UMP antara atlet yang sikit jumlahnya. Agak psiko jugak la lihat atlet lain, lihat ketinggian mereka, wajah garang mereka. Ada dalam berapa belas jugak la atlet Malaysia dalam pertandingan situ, itu tak termasuk pemain negeri pula. Ok, sekian. Kalau nak cerita pasal injured tu, perkara biasala, takat hamstring sakit, lutut lari, telinga darah, mulut darah, tangan patah. Normal. Alhamdulillah saya punya hamstring dah pulih. 



antara gambar


Sekian, itu sahaja nak diceritkan berkenaan MASUM di UPM