Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Pagi buta ni jugakla aku gedik nak post. Ni ha, nak ceghiter pasei Hari ibu haram? wah wah. Haram terus. Angin tiada ribut apatah lagi. Terus keluar hukum haram?Ulama ke yang kata?Fatwa dah keluar? errr..perlu ke kita tunggu fatwa keluar? Macam mane ni? Tadi aku ada la terperasan satu artikel (notes) di FB. Pasal Hari Ibu ini haram. Agak terkezut jugak.
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
Ha! Ini la artikelnya. Baru ku tahu harini. Apesal la tahun ni kecoh lak pasal pengharaman Hari Ibu. Tapi. Persoalannya. Haram ke? Kita meraikan sesuatu bukan niat kita hendak meniru sesuatu agama lain. Tak begitu? Pada pendapat aku la kan. Masyarakat kita ni,terutamanya orang Melayu ni, lebih cendrung kepada budaya ikut-ikutan. Contohnya Hari Kekasih. Nahhh..semua pakat beli bunga la dan macam-macam hadiah lagi untuk meraikan kekasih dorang tu. Itu salah satu la. Belum masuk bab gaya artis dan segala macam bagai.
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
(walaupun panjang, baca la ye. tak rugi masa pun)
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]
Yang seterusnya dari kata-kata seorang ulama. Baca la juga kalau kome nak tahu
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Dan seterusnya nak kuatkan hujah Dr. ni. Aku ambil dari hadis Baginda Rasulullah saw. Baca juga!
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]
Beginila. Aku sebagai ASWJ. Bukan syiah or mana-mane tarikat pun. Dalam Islam. Baginda Rasulullah saw pun pernah berpesan cuma dua perayaan sahaja. Iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Jika perayaan itu baik bagi Baginda dan para sahabat, sudah tentu perayaan seperti Hari Ibu ini dengan jaya diraikan. Akan tetapi, ada ker Baginda dan para sahabat sambut? Takde kan? Kalau ada bertahu la yer. Jadi, janganlah kita menambah-nambah sesuatu perkara yang Nabi tidak buat. Itukan bidaah semata-mata (jgn kate aku ni wahabi pulak ==")
Jadi, kepada kengkawan di luar sane. Toksahla nak spesifik sangat sambut hari ibu/emak/ummi/babu/mami/mama/amma. Sambutlah tiap-tiap hari. Tak perlu pun nak kasi hadiah. Kalau macam aku. Mak aku nak tengok aku berjaya ja. Dia tak mintak apa pun. Mak korang pun mesti sama kan. Tak tahula kalau ada yang suh beli gelang/rantai emas ke, handbag, kasut. Hehe. Biasalah. Mak aku pun camtu jugak. Perempuan. Tapi takkanla nak minta kat aku. ==" Mintakala kat bapak aku. HUH! Pasal hukum haram tu. Aku pun tak tahu. Aku bukan arif nak kasi hukum. Tulisan di atas ini cuma pendapat dan hujah-hujah.



No comments:
Post a Comment