Monday, May 9, 2011

Hari Ibu Haram?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Pagi buta ni jugakla aku gedik nak post. Ni ha, nak ceghiter  pasei Hari ibu haram? wah wah. Haram terus. Angin tiada ribut apatah lagi. Terus keluar hukum haram?Ulama ke yang kata?Fatwa dah keluar? errr..perlu ke kita tunggu fatwa keluar? Macam mane ni? Tadi aku ada la terperasan satu artikel (notes) di FB. Pasal Hari Ibu ini haram. Agak terkezut jugak. 

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Ha! Ini la artikelnya. Baru ku tahu harini. Apesal la tahun ni  kecoh lak pasal pengharaman Hari Ibu. Tapi. Persoalannya. Haram ke?  Kita meraikan sesuatu bukan niat kita hendak meniru sesuatu agama lain. Tak begitu? Pada pendapat aku la  kan. Masyarakat kita ni,terutamanya orang Melayu ni, lebih cendrung kepada budaya ikut-ikutan. Contohnya Hari Kekasih. Nahhh..semua pakat beli bunga la dan macam-macam hadiah lagi untuk meraikan kekasih dorang tu. Itu salah satu la. Belum masuk bab gaya artis dan segala macam bagai.

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

(walaupun panjang, baca la ye. tak rugi masa pun)
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Yang seterusnya dari kata-kata seorang ulama. Baca la juga kalau kome nak tahu

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”


Dan seterusnya nak kuatkan hujah Dr. ni. Aku ambil dari hadis Baginda Rasulullah saw. Baca juga!

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Beginila. Aku sebagai ASWJ. Bukan syiah or mana-mane tarikat pun. Dalam Islam. Baginda Rasulullah saw pun pernah berpesan cuma dua perayaan sahaja. Iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Jika perayaan itu baik bagi Baginda dan para sahabat, sudah tentu perayaan seperti Hari Ibu ini dengan jaya diraikan. Akan tetapi, ada ker Baginda dan para sahabat sambut? Takde kan? Kalau ada bertahu la yer. Jadi, janganlah kita menambah-nambah sesuatu perkara yang Nabi tidak buat. Itukan bidaah semata-mata (jgn kate aku ni wahabi pulak ==")

Jadi, kepada kengkawan di luar sane. Toksahla nak spesifik  sangat sambut hari ibu/emak/ummi/babu/mami/mama/amma. Sambutlah tiap-tiap hari. Tak perlu pun nak kasi hadiah. Kalau macam aku. Mak aku nak tengok aku berjaya ja. Dia tak mintak apa pun. Mak korang pun mesti sama kan. Tak tahula kalau ada yang suh beli gelang/rantai emas ke, handbag, kasut. Hehe. Biasalah. Mak aku pun camtu jugak. Perempuan. Tapi takkanla nak minta kat aku. ==" Mintakala kat bapak aku. HUH! Pasal hukum haram tu. Aku pun tak tahu. Aku bukan arif nak kasi hukum. Tulisan di atas ini cuma pendapat dan hujah-hujah. 


Sunday, May 8, 2011

Saya panggil mak je

Mak..
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun daku sering dimarahimu
Tapi ku tahu disebalik kata- katamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Mak
Ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku..
Bagi mengajar erti sebuah kehidupan.

Mak….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Yang laksana butiran pepasir di tepian pantai
Dikau telah berkorban demi melahirkan diriku ini
Mampukah daku membalas jasa baktimu???

Mak..
Cekal hatimu mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Sempena Hari Mak
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Semoga nikmat syurga Menantimu
menganjari susah payah dalam mendidik anakmu
Terima kasih Mak..

Saturday, May 7, 2011

Tazkirah Satu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"

(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Latar belakang ku bukanlah dari sekolah agama di peringkat menengah mahupun tinggi. Sekadar di tadika dan sekolah agama rakyat. Tapi oleh kerana kewajipan sebagai ummat Muhammad s.a.w inginku sampai kan sedikit peringatan buat tatapan pembaca yang di kasihi sekalian. Selagi hayat di kandung badan. Dakwah perlu di perjuangkan. 

Dunia sedang menuju era akhir zaman.Masa semakin suntuk.Iblis 'Lucifer' Azazel the Watcher pula semakin merenik peluhnya mengenangkan saat kiamat makin tiba dan dia tidak boleh lari kerana sentiasa diekori oleh Malaikat Maut yang memegang rantai besi dari Neraka.Dajal The Antichrist juga tahu tentang ini tetapi dia perlu menyimpan rahsia terbesarnya kepada para Masons yakni para pencacai dan kuli sama ada di peringkat bawah mahu pun dikalangan elit.

” Tiada akan datang hari kiamat selama masih ada di bumi yang menyebut Nama Allah".

(Hadis Nabi dari Shahih Muslim)

Begitu besarnya nilai nama Allah s.w.t itu sehingga perlu menunggu bumi ini tiada langsung orang beriman dan hanya tinggal orang-orang kafir sahaja termasuk munafik yang tiada nilai langsung barulah dunia ini dihancurkan kerana tiada keperluan lagi alam semesta dikekalkan.

Ini juga bermakna bumi ini masih wujud kerana masih terdapat orang-orang beriman.Maka orang-orang kafir duduk menumpang di dunia ini sambil berpesta ria dengan tarian bogel sambil minum arak, berperang sesama manusia kerana mahukan kekuasaan itu pun dengan belas ihsan Allah.s.w.t kerana asbab masih wujudnya orang yang menyebut nama Allah s.w.t.Apabila tiada lagi orang menyebut nama Allah,yang tinggal hanya saki baki para Masons yang dungu dan orang-orang kafir,maka bumi akan dihapuskan terus.Tiada gunanya lagi menyediakan bumi dan langit kepada orang yang masih berdegil menentang Penciptanya sendiri. Setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya Allah jualah perancang yang paling mahir lagi dahsyat. Seteru insan yang bernama manusia bukanlah tandingan kepada apa yang Allah miliki.

Insaflah,sampai bila kita mahu berlagak angkuh mendabik dada di bumi Allah ini.Setiap masa kubur kita akan geram mahu menghimpit kita di alam barzah nanti.Na'uzubillah min zalik.






Sebab mata lelaki gemar melihat tubuh wanita


Bismilahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Tidak sampai beberapa minit sudah boleh "post" unutk entri ketiga. Wah, laju kan taip =,=. Tettt.. Ya! Masih lagi "copy and paste". Waduh-waduh,kok ini bisa jadi apain?Mengopy hasil kerja orang lain.=="  Sekadar perkongsian buat pembaca. (ade ke orang nak baca??=,=") foward-fowardakanlah jikalau anda sekalian mahukan. Kalau nak copy pun silakan. Tuan empunya blog ni sangat bermurah hati. (^^)

Daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin

Bismilahirrahmanirrahim..

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU. 
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.



Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya. 

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.


Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah.Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.


Entri kali ini betul-betul  "copy and paste" dari blog ini. Ayatnye memang pergh.  Terbaik!! Mohon share Terima kasih ye cik empunya blog tu. Kak Ieda. ^^


Entri Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini adalah entri pertama untuk blog aku. 

Masih ketandusan idea untuk "post" di blog ni.

=,="